Thursday, May 19, 2022

Polis tahan lelaki pukul wanita menggunakan tukul di Miri

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang wanita menggunakan tukul.

Suspek, 56 tahun ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri di sebuah rumah di Jalan Padang Kerbau Pujut, di sini semalam

Tangkapan dibuat kurang satu jam selepas mangsa, 56 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku di dalam sebuah kedai runcit di Pujut kira-kira jam 10 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek turut menarik rambut mangsa, 56 tahun tanpa sebab yang jelas.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan tersebut.

Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas sebatang tukul besi dipercayai digunakan oleh suspek dalam insiden tersebut.

Suspek telah ditahan reman di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru