Sunday, June 26, 2022

Bila PRN-12 Sarawak? Ini tarikhnya

Secara Rawak

KUCHING: Bilakah PRN-12 Sarawak akan diadakan?

Inilah soalan yang sering ditanya oleh rakyat Sarawak ketika ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi mengadakan mesyuarat khas.

Kelihatannya, besar kemungkinan PRN tidak akan diadakan pada bulan November.

Justeru, tarikh hari Sabtu yang ada kini ialah 4 Dis, 11 Dis, 18 Disember dan 25 Disember.

Memandangkan 25 Disember jatuh pada hari Krismas, maka tidak mungkin ia akan diadakan pada hari tersebut.
Bulan ini tinggal sekitar 22 hari saja lagi.

Dengan mengambil kira tempoh yang perlu diambil oleh SPR untuk menggerakkan semua jenteranya termasuk membuat persiapan untuk membuka pusat dan saluran mengundi, ada dua tarikh yang kemungkinan besar PRN diadakan, iaitu 11 Dis dan 18 Dis.

Kalau hari penamaan calon jatuh dalam minggu pertama antara 4 atau 6 Disember, maka besar kemungkinan PRN akan diadakan pada 18  Disember.

Ini bermaksud, kalau hari penamaan calon jatuh pada 6 Disember, maka jumlah hari berkempen ialah 12 hari.

PRN tidak mungkin diadakan pada 11 Disember kerana jumlah hari minumum berkempen ialah 11 hari.

Kalau betul  PRN-12  diadakan pada 18 Disember, ini bermakna ini merupakan kali kedua PRN Sarawak diadakan pada bulan Disember.

Kali pertama PRN diadakan pada bulan Disember adalah  pada 1983, iaitu 28 dan 29 Disember.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru