Sunday, January 23, 2022

Disyaki curi motosikal: Lelaki ditahan polis kurang 24 jam

Secara Rawak

MIRI: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah motosikal di unit Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya, di sini semalam.

Suspek, 18 tahun ditahan kurang 24 jam setelah pemilik motosikal membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, suspek ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri kira-kira jam 11 malam, tidak jauh dari lokasi motosikal yang dilaporkan dicuri.

Beliau berkata, dalam tangkapan tersebut, polis turut menemui semula motosikal yang dicuri.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru