Sunday, January 23, 2022

Dengar keluhan rakyat Sarawak, Sabah, ‘elak perpisahan’

Secara Rawak

KUCHING: Dengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak bagi menyelamatkan Malaysia daripada “perpisahan”.

Itu harapan  Ahli Parlimen Keningau,  Datuk Jeffrey Kitingan terhadap Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Katanya, ramai rakyat Sabah dan Sarawak kecewa apabila mendengar Sarawak RM4.6 bilion dan Sabah hanya diberi RM5.2 bilion dan   untuk pembangunan manakala di Semenanjung pula mendapat RM67.8 bilion.

“Izinkan saya memberi pandangan mengenai Bajet 2022 dari segi sudut Sabah dan Sarawak khasnya yang boleh membendung ketidakpuasan hati rakyat, di mana sebahagian besar atau 60% mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia,” katanya dalam ucapan perbahasan Bajet 2022 beliau di Dewan Rakyat, hari ini seperti dipetik FMT.

“Saya berharap Perdana Menteri dan kerajaan Keluarga Malaysia akan mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak serta menyelamatkan Malaysia daripada perpisahan,” katanya  lagi.

“Bajet ini harus dikaji semula dan ditambah baik,” tegasnya.

Beliau berkata, semakin ramai wakil rakyat Sabah dan Sarawak yang menyatakan kemarahan, termasuk mereka yang di luar Dewan.

“Dengarlah keluhan dan rintihan dari Sabah dan Sarawak sebelum terlambat, sebelum masalah lebih besar timbul,” ujarnya yang juga Presiden STAR.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru