Tuesday, August 16, 2022

Tanah susur berlaku di belakang rumah panjang

Secara Rawak

KANOWIT: Kejadian tanah susur yang berlaku di belakang Rumah Panjang Jepriten, Sungai Bejait, Jalan Tada dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penghuni.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, tanah susur seluas 20×40 kaki itu berlaku malam tadi.

“Pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit menerima panggilan tentang insiden kira-kira 11.55 malam dan sepasukan anggota yang digegaskan mengesahkan kejadian.

“Tanah susur melibatkan bahagian belakang rumah pelapor (Emilia), bagaimanapun keadaan terkawal dan tiada mangsa terlibat,” katanya.

Selepas memantau, pasukan bomba diketuai PBK II Azahari Mohd Dai jelasnya memasang sawar-sawar dan mengingatkan agak penghuni sentiasa berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

Operasi tamat kira-kira 1.05 pagi tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru