Sudah terdapat lebih 5,060,122 kematian akibat Covid-19 manakala jumlah jangkitan lebih daripada 250 juta kes.
Berdasarkan data Worldometers pada pagi Ahad, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 775,095 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 609,417 kes, India 460,787 kes, Mexico 289,674 kes.
Sementara Rusia kini mencatat 245,635, United Kingdom merekodkan 141, 743 kematian, Itali 132,161 kes kematian dan Perancis pula merekodkan 117,927 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143, 534 kes kematian.
Indonesia dengan lebih 4.24 juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.
Filipina di tangga kedua dengan 44,239 kematian diikuti Malaysia dengan 29, 256, manakala Thailand 19,664.
Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.501,966.