Thursday, August 18, 2022

Dua kanak-kanak selamba main lompat di puncak bangunan 27 tingkat

Secara Rawak

XIANNING: Sebuah klip video yang tular di media sosial menunjukkan aksi dua kanak-kanak bermain dan melompat di antara dua bangunan setinggi 27 tingkat menyebabkan netizen media sosial kecoh.

Video terbabit dipercayai dirakam di sebuah bangunan setinggi 27 di Xianning, Hubei oleh individu dan kemudiannya disiarkan oleh media tempatan.

Saksi yang merakam video menggerunkan ini menghubungi pihak pengurusan bangunan.

Selepas menerima maklumat tersebut pihak pengurusan menghantar petugas mereka membawa dua kanak-kanak itu turun.

Menurut laporan Dailymail.com, dua kanak-kanak itu berjaya naik selepas mangga pintu di bumbung paling atas itu rosak.

Pihak pengurusan bagaimanapun sudah menukar mangga pintu selepas insiden terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru