Sunday, November 27, 2022

Covaxin calon vaksin untuk kanak-kanak

Secara Rawak

WASHINGTON: Vaksin Covaxin produksi India dicadang untuk disuntik kepada kanak-kanak berusia 2 tahun hingga remaja berusia 18 tahun di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat Ocugen mencadangkan penggunaan Covaxin itu kepada Badan Pengawas Ubatan dan Makanan AS (FDA).

Covaxin dikatakan mengguna virus tidak aktif sebagaimana vaksin kanak-kanak lain seperti polio.

Menurut AFP, Ocugen mengaku melakukan ujian terhadap 536 kanak-kanak dan remaja dengan cadangan mereka menerima dua dos dalam selang waktu 28 hari.

Pengasas Ocugen, Shankar Musunuri mengatakan inisiatif syarikatnya merupakan “langkah signifikan memenuhi harapan calon vaksin yang tersedia.”

Ocugen rakan syarikat pengeluar Covaxin, Bharat Biotech mendapat kebenaran penggunaan darurat dari WHO.

Selain Covaxin, Pfizer dan Moderna juga sempat melakukan ujian terhadap ribuan kanak-kanak dengan setakat ini Pfizer sudah mendapat izin disuntik kepada kanak-kanak serendah usia 5 tahun di AS.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru