Sunday, May 22, 2022

Beli dompet pasport dalam talian dapat pasport sebenar

Secara Rawak

KERALA: Lelaki dari Kerala terpinga-pinga apabila dia menerima pasport sebenar milik individu yang tidak dikenali berada di dalam pakej produk yang dipesannya secara dalam talian.

Midhun Babu memesan dompet penyimpan pasport dalam talian dari Amazon 30 Oktober lalu.

Selang beberapa hari kemudian dia menerima pesanannya dan sebaik sahaja membuka dompet pasport itu dia terkejut melihat sudah terdapat pasport di dalamnya milik lelaki bernama Muhammad Salih tinggal di Kunnamkulam.

Menurut akhbar Mathrubhumi, Babu kemudiannya menghubungi pengurusan Amazon, namun mereka hanya meminta maaf akibat kecuaian tersebut.

Masih tidak jelas bagaimana pasport Salih boleh berada di dalam penutup itu.

Besar kemungkinan Salih pernah membeli penyimpan pasport itu pada masa lalu, tetapi mengembalikannya atas sebab tertentu tanpa menyedari dokumennya masih berada di dalamnya.

Menurut Indiatimes, Babu cuba menghubungi Salih, tetapi tidak berjaya kerana tiada nombor telefon untuk dihubungi tertera pada pasport.

Dia menghantar pasport ke alamat pos yang disebutkan di atasnya, dengan harapan ia sampai kepada Salih.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru