Thursday, May 19, 2022

166 projek bekalan air bersih di Sarawak selesai sebelum tahun 2025

Secara Rawak

KUCHING: Projek bekalan air bersih ke seluruh kawasan di bawah Kerajaan Sarawak kini berjaya diselesaikan sebanyak 166 daripada 322 biarpun tempoh penyelesaian disasarkan selesai menjelang tahun 2025.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Stephen Rundi Utom menegaskan, ia sekali gus merekodkan sebanyak 65 peratus projek berjaya disiapkan secara keseluruhan dalam tempoh dua tahun.

Mengulas lanjut katanya, terdapat beberapa projek yang sepatutnya dijadualkan siap awal bagaimanapun mengalami kelewatan setelah mengambil kira proses pembinaan tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika kemuculan Covid-19.

“Banyak projek-projek termasuk bekalan air bersih, pemulihan jalan telah tergendala akibat pandemik namun kita berusaha menguruskan dan hasilnya kita berjaya lakukan lebih kurang dua tahun.

“Biar pun mengalami sedikit kelewatan (persiapan projek) akibat pandemik, namun projek yang telah pun disiapkan berjaya mengubah nasib penduduk khususnya di kawasan yang dahulunya bergantung dengan tadahan air hujan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai Majlis Perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur hari ini.

Tambahnya, usaha Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memperuntukkan RM4 bilion bagi menyelesaikan masalah air sedia ada di Sarawak turut berhasil setelah beberapa masalah air di kawasan persisir pantai berjaya dilaksanakan.

Misalnya, beliau mendedahkan saluran paip air setakat ini telah menjangkau sehingga ke kawasan Sebuyau sekali gus menyaksikan zon Selatan sudah mempunyai sumber bekalan air bersih bagi menampung bekalan sedia ada.

Justeru dengan usaha tersebut katanya, kini jelas mengurangkan keluhan masalah bekalan air daripada masyarakat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru