Sunday, July 3, 2022

Willie beri sokongan tidak belah bahagi kepada calon GPS

Secara Rawak

PADAWAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin akan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12).

Beliau menegaskan dirinya tidak akan bertanding pada PRN akan datang namun menyeru penyokongnya untuk memberi sokongan kepada calon GPS yang bertanding di Dun Serumbu, Mambong dan Tarat.

Katanya, Sarawak perlu ditadbir oleh kerajaan yang stabil agar pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat.

“Kita pernah mengalami ketidakstabilan politik di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan dan Perdana Menteri bertukar tiga kali.

“Justeru, secara asasnya adalah perlu untuk memastikan Kerajaan Negeri stabil. Apabila situasi politik stabil, kita dapat membawa pembangunan kepada rakyat,” katanya pada sidang media sempena Program Jelajah Agrikomoditi: Jom Bisamah Industri Koko di Kampung Semedang, di sini hari ini.

Malah Willie berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan GPS kerana GPS adalah rakan politik yang baik dan selalu memperjuangkan kelangsungan hidup rakyat.

“Sesiapa sahaja yang mereka letakkan untuk menjadi calon untuk bertanding, saya akan berikan sokongan penuh mereka,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru