Sunday, November 27, 2022

Wanita acu pistol pada kanak-kanak minta gula-gula Halloween

Secara Rawak

TEXAS: Wanita ditahan pihak berkuasa kerana mengacu sepucuk pistol ke arah kanak-kanak berusia 7 tahun.

Kanak-kanak itu dikatakan datang ke rumahnya meminta gula-gula yang menjadi tradisi biasa semasa sambutan Halloween.

Pegawai polis Hays County berkata, suspek Monica Bradford, 35, mengacu senjata itu ke arah kanak-kanak berusia 7 tahun pada malam Halloween.

“Saya terkejut dengan tindakannya. Ia Halloween, kanak-kanak berkeliaran di mana-mana, bagaimana seseorang boleh keluar dengan senjata dan menakutkan kanak-kanak ini,” kata jirannya Connie Medina.

Jiran memberitahu media tempatan, Bradford memasang lampu di hadapan rumahnya seolah-olah dia membuka rumahnya untuk menyambut kanak-kanak yang datang meminta gula-gula atau hadiah lain darinya.

Kami diberitahu bapa kanak-kanak yang diacukan pistol itu berada di penghujung jalan masuk ketika insiden berlaku.

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Polis berkejar ke lokasi dan mengarahkan semua penduduk supaya mengelak dari datang ke kawasan itu.

Menurut pigeonexpress, Bradford ditahan dan dibawa ke Penjara Hays County, dan jirannya memberitahu ini bukan kali pertama polis muncul di rumah berkenaan.

Bradford didakwa dengan serangan menggunakan senjata dan diikat jamin RM41,535 ($10,000)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru