Sunday, November 27, 2022

Tunggu tujuh jam di ICU tanpa rawatan, wanita terima bil RM2,907

Secara Rawak

WASHINGTON: Seorang wanita mendakwa dia menerima bil RM2,907 gara-gara menunggu di bilik kecemasan, walaupun dia tidak menerima sebarang rawatan.

Taylor Davis memberitahu dia ke bahagian unit kecemasan Hospital Emory Decatur pada Julai untuk merawat kecederaan di kepalanya.

Menurutnya lagi duduk di bilik menunggu selama berjam-jam, tetapi tiada siapa melayannya, ekoran itu dia mengambil keputusan keluar dan mencari rawatan di hospital lain.

“Saya duduk di sana tujuh jam. Saya tidak patut disuruh duduk di bilik kecemasan selama tujuh jam,” katanya.

Selang beberapa minggu kemudian Davis terkejut selepas menerima bil RM2,907 dari hospital tersebut.

“Tiada siapa memanggil nama saya, saya tidak diperiksa staf di situ,” kata Davis.

Wanita itu percaya pihak hospital melakukan kesilapan.

“Ekoran itu saya menghubungi mereka dan pekerja di hospital itu memberitahu ia protokol hospital walaupun anda hanya berjalan masuk dan anda tidak dirawat.

“Apabila anda memberi data sosial anda, anda diminta membayar tanpa mengira bagaimana anda dilayan, “katanya.

Menurut pigeonexpress, selepas kes Davis tular di media sosial Emory Healthcare mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Emory Healthcare memandang serius dan menghargai semua kemusykilan pesakit, perkara ini dibawa ke perhatian kami. Pasukan kami meneliti perkara ini dan membuat susulan terus dengan individu tersebut.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru