Saturday, December 4, 2021

Sarawak bergerak ke arah ekonomi hijau

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri berharap Sarawak dapat bergerak ke hadapan dalam usaha ke arah ekonomi hijau.

Menurut Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak giat berusaha ke arah melestarikan ekonomi hijau dalam agenda pembangunannya.

“Saya harap dengan perkongsian dan pemindahan teknologi hidrogen kita dapat bergerak ke hadapan ke arah ekonomi hijau,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian dalam satu majlis di sini, semalam.

Sementara itu, katanya, Sarawak sentiasa mengalu-alukan  pelaburan daripada syarikat  minyak dan gaa antarabangsa Shell ke negeri ini.

“Saya menantikan pelaburan Shell yang akan datang di Bintulu dengan lonji gas darat dan kemudahan lain di luar pesisir pada tahun akan datang,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru