Sunday, May 22, 2022

Lelaki diserang strok, lakukan senaman sebelum kahwin

Secara Rawak

SHENZHEN: Kira-kira sebulan sebelum perkahwinannya, Ahuan 25, mengunjungi gimnasium untuk membina otot bagi membolehnya kelihatan lebih hebat dalam gambar.

Namun tindakannya itu menyebabkannya dia diserang angin ahmar lapor Global news.

Dalam kelas kecergasan pertama Ahuan, jurulatih peribadi yang diupahnya memberinya regangan berintensiti tinggi.

Selepas kelas, Ahuan berasa pening dan kerap muntah.

Dia kemudiannya disahkan menghidap strok dan terpaksa menjalani pembedahan.

Nasibnya baik, pembedahan berjalan lancar dan Ahuan dibenarkan keluar dari hospital selepas 14 hari.

Perkahwinannya yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini dilangsungkan tiga bulan kemudian di Shenzhen, Guangdong, China Selatan.

Doktor yang merawatnya menasihati orang ramai agar jangan terlalu memaksa badan mereka dengan senaman yang agak keterlaluan kerana ia boleh memudaratkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru