Thursday, August 18, 2022

Ini tarikh jangkaan PRN-12 Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengisytiharkan PRN-12 Sarawak?

Dalam sehari dua ini tular di media sosial tentang  tarikh PRN-12 Sarawak.

Ada yang menyatakan akan diadakan pada 19 Disember, tanpa menyedari bahawa tarikh itu jatuh pada hari Ahad.

Biasanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya pada hari berkenaan.

SPR perlu dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat, kemungkinan pada minggu depan.

Hakikatnya DUN Sarawak telah terbubar secara automatik selepas Yang di-Pertuan Agong menarik balik perisytiharan darurat di Sarawak pada Rabu lalu. Darurat sepatutnya berakhir pada 2 Februari depan.

Berdasarkan kelaziman, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas untuk menetapkan beberapa tarikh penting.

Ini termasuk tarikh penamaan calon, hari pengundian awal dan hari mengundi.

Bagi PRN-11 pada 2016, DUN dibubarkan pada 11 April 2016, kemudian mesyuarat khas SPR diadakan pada 14 April 2016.

Hari penamaan calon  bagi PRN-10 adalah pada 25 April, iaitu 11 hari selepas mesyuarat diadakan.

Hari pengundian pula diadakan pada 7 Mei 2016,  iaitu  23 hari selepas hari mesyuarat khas diadakan oleh SPR.

Kalau SPR mengadkan mesyuaratnya pada Isnin depan, kalau mengambil kira tempoh masa yang diambilnya untuk mengadakan PRN pada 2016, maka besar kemungkinan PRN akan diadakan pada Sabtu, 27 November.

Dari Selasa depan,9 Nov hingga 27 Nov mengambil masa 19 hari. Justeru, kemungkinan besar PRN diadakan pada 4 Disember, dan dengan itu, tempoh dari tarikh mesyuarat khas adalah selama 29 hari.

Dalam PRN-11, sebanyak  1,38, 650 pengundi berdaftar, meningkat sebanyak 16.21 peratus berbanding PRN-10.

Pilihan raya itu membabitkan kos RM135.6 juta, dan 21,118 petugas.

Sebanyak tujuh parti yang bertanding, iaitu BN, Pas, PKR, PBDSB, selain calon Bebas.

Dalam pilihan raya itu, DAP memenangi tujuh kerusi berbanding 12 kerusi pada PRN-10, PKR mengkalkan tiga kerusi, dan BN memenangi 72 kerusi berbanding 55 kerusi dalam PRN-10. Namun, terdapat penambahan 11 kerusi ekoran persempadanan semula, menjadikannya 82 kerusi pada PRN lalu.

Kerusi berkenaan  ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goran, Murum, Samalaju, dan Mulu.

Peratusan yang turun mengundi ialah 70.1 peratus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru