Sunday, July 3, 2022

Cicak dalam bungkusan pakora

Secara Rawak

TAMIL NADU: Seorang lelaki yang membeli makanan ringan pakora terkejut menemui seekor cicak di dalam bungkusan tersebut.

Lelaki itu serta-merta membuat aduan melalui WhatsApp kepada Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) yang kemudiannya mengarah siasatan dilakukan.

Sepasukan pegawai jabatan keselamatan makanan melawat kedai tersebut. Selepas pemeriksaan rapi, ia mendapati kedai tersebut melakukan banyak pelanggaran peraturan, termasuk keadaan kedai yang tidak bersih, malah mereka juga terpaksa membuang beberapa barangan manis yang didapati tamat tempoh.

Pegawai FSSAI yang mengetuai siasatan itu memberitahu mereka bertindak selepas menerima aduan, namun mendapati jenis pakora yang dibeli pengadu tidak ditemui di kedai tersebut.

Kedai itu bagaimanapun didapati melanggar banyak peraturan ditetapkan FSSAI.

Menurut news18, pemilik kedai itu juga memfailkan petisyen mendakwa lelaki itu sengaja memasukkan cicak mati di dalam bungkusan itu dan menuntut wang pemerasan RM111,520 (2 juta rupee) bagi mengelaknya membawa isu itu kepada pihak media media.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru