Sunday, July 3, 2022

880 pegawai dan anggota IPD Kuching terlibat penugasan PRN-12 Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 880 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah disenaraikan untuk bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, persediaan itu merangkumi sembilan balai kawasan Kuching dengan kekuatan seramai 983 secara keseluruhan di bawah pentadbiran IPd Kuching.

Bagaimanapun tegasnya, jumlah tersebut akan ditambah dengan kekuatan seramai 150 daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) luar.

“Ia termasuk (jumlah 150) kita akan dapat bantuan kekuatan daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol), Marin, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Dalam masa sama Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail turut meluluskan untuk kita menggunakan bantuan luar lain iaitu Pasukan sukarelawan Polis (PVR), kemudian kita dalam perancangan untuk menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam penugasan-penugasan tertentu nanti,” katanya dalam sidang media di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.

Bagi keseluruhan jumlah tersebut katanya, IPD Kuching dengan kekuatan 1,781 kekuatan yang akan diguna pakai untuk penugasan PRN yang telah pun dibuat.

Tambahnya, IPD Kuching turut bekerjasama dengan KKM bahagian Kuching dalam tempoh endemik, sekali gus bersedia bertugas bila-bila masa dalam tempoh PRN-12 Sarawak yang bakal diadakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru