Saturday, December 4, 2021

80 petani, nelayan terima bantuan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 80 orang pekebun kecil kelapa sawit dan lada termasuk nelayan di kawasan Dun Demak Laut menerima bantuan daripada kerajaan Sarawak semalam.

Adun Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata bantuan berjumlah RM124,233 itu adalah berupa baja untuk pekebun kelapa sawit dan lada serta peralatan khusus bagi nelayan.

“Jumlah peruntukan sebanyak RM30,534 diberikan kepada 33 orang pekebun manakala sejumlah RM93,699 untuk 47 orang nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan baja kelapa sawit dan lada kepada pekebun kecil dan bantuan input peralatan perikanan nelayan bagi Dun Demak Laut di PPK, Jabatan Pertanian Bahagian Kuching di sini, semalam.

Justeru, Hazland berharap agar bantuan yang diberikan dapat mendorong para petani dan nelayan untuk meningkatkan lagi produktiviti dalam bidang masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru