Tuesday, August 16, 2022

Khianati hak rakyat jika terus tidak bubar DUN

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri menyatakan sidang media pagi ini diadakan berhubung dengan  pembubaran DUN Sarawak

“Sebelum berakhirnya proklamasi yang dikeluarkan padas 11 jan 2021 oleh Yang di-Pertuan Agong di seluruh Malaysia, baginda terus isytiharkan darurat di seluruh Sarawak pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Feb 2022 disebabkan ancaman terhadap kesihatan awam kerana Covid-19,’ kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berkutian itu, katanya, PRN  sepatutnya diadakan selepas DUN bubar 7 Jun 2021,  namun ia ditunda lagi, ke tarikh lain ketika proklamasi darurat tidak lagi dikuatkuasakan.

“Menurut proklamasi itu, keadaan darurat darurat sepatutnya berakhir 2 Feb 2022, selepas itu DUN akan dibubar dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu, bagi memberi jaminan hak rakyat Sarawak untuk memilih secara demokratik kerajaan  selaras dengan amalan demokrasi diamalkan,” kata Abang Johari.

Bagaimanapun,  katganya, operasi pelaksanaan darurat dapat ditarik balik oleh Agong selepas perundingan dengan yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib M Mahmud.

“Apabila anggota kerajaan saya dan saya dilantik kami berikrar untuk melindungi dan mempertahankan poerlembagaan Sarawak dan perlembagaan persekutuan. Dalam semangat ini dan hasrat inilah selepas mendapat nasihat TYT, untuk mendapatkan perkenaan Agong untuk tarik balik proklamasi,’ jelasnya.

Jika darurat tidak diisytiharkan, DUN sepatunya sudah bubar 7 Jun 2021.

“Kerajaan tidak lagi punya mandat rakyat yang diberi pada 2016. Supaya terus berpegang kepada ikrar untuk melindungi dan menjaga hak dalam perlembagaan dan hak rakyat memilih kerajaannya, Kerajaan GPS berasa, ia dianggap mengkhianati hak  rakyat Sarawak jika ia terus berpegang kepada kuasa itu,” katanya.

“Kami juga sedar keselamatan dan kesihatan rakyat Sarawak juga penting. Justeru, dalam membuat keputusan itu, kami juga sering mengadakan libat urus dengan pelbagai pemegang taruh supaya pilihan raya dapat diadakan dengan akur kepada SOP dipatuhi dan kadar vaksinasi berada pada paras munasabah agar PRN dapat diadakan dengan selamat,” jelasnya.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, berkata ia berikutan permohonan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, untuk menamatkan darurat di negeri itu, pada sesi menghadap Seri Paduka di Istana Negara, kelmarin.

Beliau berkata, baginda memberi perkenan itu selepas memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, serta sembah taklimat Peguam Negara dan pandangan ketua agensi kerajaan, semalam, berhubung perkara berkenaan.

“Selepas mempertimbangkan permohonan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri, sembah taklimat Peguam Negara serta pandangan ketua agensi kerajaan, Seri Paduka memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan.

“Perkenan baginda terhadap penamatan Proklamasi Darurat bagi Sarawak adalah selaras Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru