Sunday, May 22, 2022

Zahid: Semoga rakan-rakan doakan rawatan saya dipermudah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Saya amat menghargai dan terima kasih kepada mereka yang bertanya khabar saya di luar negara. Hari ini baru berkesempatan membalasnya. Kepada yang bertanya, alhamdulillah saya dan isteri dalam keadaan baik. Jutaan terima kasih kerana mengambil berat dan mendoakan kami,” kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Semoga rakan-rakan dapat mendoakan agar urusan rawatan saya di sini dipermudah dan berjalan dengan lancar. Ada juga bertanya sama ada saya tahu tentang perkembangan di Malaysia menjelang PRN Melaka pada 20 November ini? Alhamdulillah walau terpaksa ke luar negara untuk menjalani rawatan, saya sentiasa memantau dan mengikuti rapi segalanya,” katanya melalui satu catatan di Facebooknya.

“Saya juga ambil maklum bahawa seluruh jentera, ahli, penyokong dan pemimpin UMNO siap siaga penuh semangat. Insya-Allah perjuangan rakan-rakan semua akan beroleh kejayaan demi menjulang kerajaan BN di Melaka dari kejauhan saya kirimkan doa mengiringi hasrat murni kita semua demi rakyat dan tanah air tercinta,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu  turut mnzahirkan kebimbangan beliau dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku dari 4 hingga 7 November di kawasan tersebut.

Beliau  menyeru kepada seluruh penduduk Bagan Datuk serta kawasan terlibat agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya untuk menghindari bahaya.

“Bagi pihak yang berkenaan, kesiapsiagaan bagi menghadapi situasi ini hendaklah sentiasa bersedia dengan peralatan dan kemudahan yang lengkap.

“Kenal pasti kawasan yang berisiko tinggi dan ambil langkah awal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru