Sunday, May 22, 2022

Tandas awam di Bukit Kanada bakal siap Disember ini

Secara Rawak

MIRI: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Piasau iaitu pembinaan tandas awam di Bukit Kanada dijangka siap 13 Disember 2021.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, beliau menganggap ia sebagai hadiah Hari Natal kepada penduduk serta para pendaki.

“Saya sifatkan ini sebagai hadiah Hari Natal kepada penduduk di sini serta para pendaki yang sering menngunjungi Bukit Kanada bagi tujuan aktiviti riadah,” katanya semasa mengadakan lawatan ke situ untuk melihat sendiri status kerja-kerja pembinaan pada Isnin.

Projek yang bernilai RM200,000 itu telah diperuntukkan kepada Miri Town Hash House Harrier (MOTH3) untuk memenuhi permintaan organisasi tersebut bagi menyediakan fasiliti awam iaitu tandas awam untuk keselesaan para pendaki dan orang awam yang mengunjungi kawasan tumpuan riadah itu.

Sejurus selepas lawatan itu, beliau telah mengagihkan 250 set kit perlindungan diri kepada para peniaga dan orang awam yang berkunjung ke Tamu Muhibbah, Tamu Khas dan Tamu Kedayan.

Beliau menyeru agar semua pihak berganding bahu untuk menentang penularan COVID-19 serta kekal waspada dan terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru