Wednesday, June 29, 2022

Program pembangunan atlet Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Belia Dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, Program Pembangunan Atlet Para Sarawak di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, antara program yang diadakan di bawah pembangunan atlet para.

Ia adalah Program Pembangunan Elite Senior (PES) yang berperanan membantu menyediakan atlet-atlet para untuk mengambil bahagian dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, ini juga termasuk bantuan dari segi latihan, menyertai kejohanan atau pertandingan luar, bantuan pemakanan tambahan, latihan kekuatan dan suaian serta latihan mental.

“Selain itu, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak sememangnya telah mengadakan pelbagai inisiatif dan program termasuk Talent and Identification Program.

“Pelaksanaan program tersebut bagi mengenal pasti bakat dan potensi atlet para di Sarawak yang boleh bersaing di peringkat negeri mahupun kebangsaan,” kata pada sidang media selesai Majlis Penyerahan Insentif Kepada Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie yang memenangi pingat pada Sukan Paralimpik Tolyo 2020 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Hadir sama Menteri Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda Belia Dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan dan Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Framcis Harden Hollis.

Beliau turut menzahir
penghargaan kepada kedua-dua Kementerian in terbabit yang sentiasa bekerjasama dan memberi yang terbaik dalam memastikan kejayaan atlet para di Sarawak.

Tambah beliau, walaupun pihak Kementerian telah membuat pelan dan program strategik.

Namun, faktor kejayaan ini juga bergantung kepada usaha keras, kesungguhan dan semangat tinggi dari atlet itu sendiri.

“Dan sebagai menghargai usaha atlet berkenaan, Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk memberi insentif kepada atlet para yang berjaya,” jelas beliau.

Sambil mengakui pemberian insentif itu juga amat signifikan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah bekerja keras dalam sukan yang diceburi sehingga berjaya memperolehi pingat dalam kejohanan dunia yang disertai mereka.

“Adalah harapan kita dengan pemberian insentif ini akan dapat mencetus inspirasi kepada semua atlet Sarawak yang lain untuk berjaya serta mencipta kejayaan tidak hanya diperingkat kebangsaan malah peringkat dunia,” kata beliau.

Pada majlis tersebut Bonnie Bunyau Gustin menerima insentif RM500,000 ekoran kejayaannya memenangi pingat emas dalam kategori 72 kilogram dengan angkatan 228 kilogram dan mencipta rekod baharu.

Manakala, Jong Yee Khie yang berjaya meraih pingat perak dalam kategori 107 kilogram dengan angkatan 237. kilogram menerima RM300,000.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru