Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini sudah mencecah lima juta kes setakat pagi ini.
Sudah terdapat lebih 5,027, 562 uta kematian manakala jumlah jangkitan lebih daripada 248 juta kes.
Berdasarkan data Worldometers pada pagi Rabu, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 768,679 kes, termasuk 902 kes terbaharu, kedua tertinggi kes harian di dunia.
Ini diikuti Brazil dengan 608,071 kes termasuk 117 kes terbaharu, India 459,203 termasuk 294 kes terbaharu Mexico 288,464 kes, termasuk 99 kes terbaharu.
Sementara Rusia kini mencatat 240,871 termasuk 1,178 kes terbaharu, kedua tertinggi di dunia dalam kes harian.
United Kingdom merekodkan 140, 964 kematian, Itali 132,161 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117,763 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143, 457 kes kematian termasuk 34 kes kematian harian terbaharu.
Indonesia dengan lebih 4.24 juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.
Filipina di tangga kedua dengan 43,404 kematian diikuti Malaysia dengan 29, 045 termasuk 70 kes kematian terbaharu, manakala Thailand 19,338 termasuk 78 kes terbaharu.
Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.48 juta kes termasuk 5,071 kes harian terbaharu.