Tuesday, August 16, 2022

70 kes kematian di negara ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 70 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 29,045 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 15 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sarawak  terus mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 18 kes.

Ini diikuti Kelantan dan Selangor (masing-masing 11), Pulau Pinang (lapan), Kedah (enam), Perak (lima), Johor dan Sabah (masing-masing empat) serta Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 66,862 kes aktif dilaporkan, termasuk 557 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 300 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan  setakat ini di negara ini ialah 2,481,339 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru