Friday, August 19, 2022

SOP PRN Melaka boleh diguna pakai dalam PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dilaksanakan semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diguna pakai untuk PRN ke-12 Sarawak selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kelak.

Demikian kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Abdul Karim Rahmah Hamzah dalam satu sidang media selepas Perasmian Pelancaran Logo Koporat jenama ‘Sport Sarawak’ di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, semalam.

“Walau bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai perkara tersebut kerana Dun Sarawak masih belum dibubarkan.

“Namun begitu, saya yakin apabila Dun kita dibubarkan nanti, SOP PRN Melaka juga akan diguna pakai untuk Sarawak memandangkan kes Covid-19 masih ada,” katanya.

Tegasnya, perlaksanaan Garis Panduan untuk pilihan raya tersebut tidak menjadi masalah bagi menggelakkan penularan wabak Covid-19.

Tambah beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri bahawa tiada kempen terbuka dibenarkan atau kempen dari rumah ke rumah untuk PRN kali ini.

“Sama seperti kita memasuki pasar raya sekarang, di mana semua orang perlu melalui saringan, memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sebagainya semasa mengundi.

“Langkah-langkah seperti ini mungkin melambatkan proses mengundi namun kita mempunyai lebih banyak laluan untuk mempercepatkan proses tersebut,” jelasnya.

Ujar Abdul Karim, kaedah kempen PRN yang berbeza tidak menyebabkan demokrasi negara menjadi cacat kerana terdapat beberapa negara lain yang tidak mengadakan kempen dan perhimpunan seperti di Malaysia.

“Paling penting sekarang ini adalah pengundi mengenali calon yang bakal bertanding seperti parti yang diwakili, latar belakang akademik dan manisfesto mereka.

“Daripada situ mereka boleh menilai sendiri sama ada calon sebenar yang mereka ingin undi,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru