Sunday, November 27, 2022

Remaja jual isteri sebulan selepas berkahwin untuk beli telefon

Secara Rawak

RAJASTHAN: Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan polis di India atas dakwaan menjual isterinya yang baru sebulan dikahwininya.

Mangsa dilaporkan dijual kepada lelaki berusia 55 tahun.

Wanita berusia 26 tahun itu diselamatkan polis di Rajasthan “penuh kesukaran” kerana penduduk tempatan enggan menyerahnya dengan alasan mereka membayar untuk mendapatkannya.

Pasangan itu berkahwin pada Julai tahun ini dan mereka berpindah ke Rajasthan untuk bekerja di kilang bata.

Namun, selang beberapa hari selepas mula bekerja, suaminya menjualnya kepada lelaki tersebut dengan harga RM9,977 (₹1.8 lakh).

Remaja itu membelanjakan wang untuk makanan dan membeli telefon pintar untuk dirinya sendiri.

Dia kemudian pulang ke kampungnya dan apabila keluarga isterinya bertanya isterinya, dia mendakwa si isteri meninggalkannya.

Menurut Reddit, keluarga wanita itu tidak percaya dengan ceritanya dan membuat laporan polis.

Polis melakukan siasatan dan mendapati ceritanya meragukan.

“Kami menyoal siasat dan dia memberitahu menjual isterinya, ekoran itu kami bertindak menyelamatkan wanita tersebut,” kata pegawai polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru