Sunday, July 3, 2022

Pemergian Masing turut dirasai kerajaan Indonesia

Secara Rawak

KUCHING: Pemergian mendiang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing bukan hanya dirasai negeri Sarawak tetapi kerajaan Indonesia.

Pemangku Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sarawak, Hasani Edelin berkata ia merupakan satu kehilangan besar.

Kata Hasani, sepanjang hayatnya, mendiang banyak menyumbang kepada hubungan bilateral antara dua negara, Malaysia dan Indonesia terutama di Sarawak.

“Kami yakin semasa hidupnya beliau banyak memberi sumbangan kepada hubungan kedua negara khususnya antara Sarawak dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberikan penghormatan akhir mendiang Masing di kediamannya di Jalan Ong Tiang Swee di sini hari ini.

Beliau berharap hubungan kerjasama yang telah terjalin dapat terus diperkasa dan ditingkatkan pada masa akan datang.

“Kami berharap agar hubungan kerjasama yang sudah terbina selama ini dapat ditingkatkan tidak kira kerajaan yang ada sekarang mahupun pentadbiran seterusnya,” katanya.

Beliau yang mewakili pemerintahan negara republik itu turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian mendiang pada 31 Oktober lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru