Tuesday, November 29, 2022

Awang Tengah tinjau tapak pembinan CIQ Punang Ba’kelalan 

Secara Rawak

BA’KELALAN: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke tapak Pembinaan CIQ Punang Ba’kelalan pada Isnin. 

Dalam lawatan itu, beliau telah melihat sendiri struktur bangunan dan mendengar taklimat daripada Penguasa Jabatan Imigresen Malaysia Daerah Lawas berkenaan keadaan CIQ Punang Ba’kelalan yang terbengkalai pembinaannya sebelum ini. 

Kerja-kerja pembinaan bangunan CIQ Ba’kelalan sebelum ini telah dihentikan dan kontraktor berkenaan telah ditamatkan kontraknya. 

Untuk memastikan bangunan CIQ Ba’kelalan ini siap, kerajaan akan mengeluarkan semula surat tender sebaik sahaja kerja-kerja menilai bangunan ini siap. 

Selesai meninjau bangunan CIQ Ba’kelalan, Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari dan rombongan menuju ke sempadan di antara Punang Kelalan dan Long Midang, Kalimantan bagi melihat sendiri pembangunan jalan raya telah ditar dengan baik dan meninjau ke Bario bagi melihat keadaan dan perkembangan jalan raya tersebut.

Selepas itu, beliau turut melawat Pembinaan Bangunan Jabatan Pertanian Sarawak Baharu di Kampung Punang Kelalan. 

Datuk Amar Awang Tengah telah diberikan taklimat berhubung dengan kemajuan pembinaan bangunan itu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. 

Sehingga kini, kerja-kerja meratakan tanah sedang dilaksanakan sebelum kerja-kerja seterusnya dilaksanakan.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga ADUN Bukit Kota Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Zaidi Mahdi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidilah Abdul Latip dan Ketua-ketua jabatan.

 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru