Saturday, December 4, 2021

Bantu pelancongan Tanjung Datu

Secara Rawak

LUNDU: Lebih banyak peruntukan diharapkan diberikan kepada Sarawak untuk membangunkan lagi kawasan di luar bandar, kata Adun Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.

Menurutnya, pembangunan kawasan luar bandar juga perlu diberikan perhatian bagi memudahkan rakyat selain pendidikan.

“Kita tahu negeri ini memerlukan banyak peruntukan untuk pembangunan di lua  bandar khususnya jalan raya untuk pergi ke kampung.

“Justeru, saya berasa sangat gembira dan mengalu-alukan Bajet 2022 kerana peruntukan yang diberikan kali ini banyak berfokus kepada pembangunan di luar bandar,” jelasnya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan di Dewan Mahligai Gading…

Tambahnya, usaha Kerajaan Persekutuan membangunkan kawasan tersebut termasuk kawasan Dun Tanjong Datu sangat dihargai. Peruntukan yang diberikan juga akan membantu memajukan kawasan Tanjung Datu dari segi pelancongan dalam membuat promosi dengan sebaiknya.

Selain itu, diharapkan usaha tersebut dapat membantu meningkatkan lagi kemudahan seperti infrastruktur menuju Tanjong Datu agar kawasan tersebut dapat berkembang sebagai tempat pelancongan termasyhur di Malaysia.

Jelasnya lagi, industri yang berpaksikan pelancongan seperti tempat inap desa perlu diberikan bantuan sewajarnya kerana mereka banyak terjejas akibat wabak Covid-19.

Namun begitu, beliau turut berpuas hati dengan peruntukan yang diberikan dan berharap untuk melihat pembangunan di Sarawak setaraf dengan negeri-negeri lain. Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar telah menyampaikan bantuan bakul makanan bernilai RM150,000 kepada Datuk Amar Jamilah Anu untuk kawasan Dun Tanjong Datu pada Sabtu.

Seramai 1,500 ketua isi rumah di kawasan tersebut akan menerima bantuan yang diberikan. Menurut Jamilah, sejak awal 2020, sekitar RM1 juta peruntukan telah disalurkan kepada ketua isi rumah di kawasan Dun Tanjong Datu bagi membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru