TOKYO: Seramai 15 penumpang kereta api Keio Line cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Kyodo News seperti yang dipetik oleh Bernama.
Kejadian berlaku pada Ahad malam, dan seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius. Lelaki berusia 20-an itu berjaya ditahan.
Suspek juga dilaporkan telah menyimbah asid hidroklorik di dalam gerabak kereta api berkenaan, dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.