Saturday, December 4, 2021

Projek pembangunan: Sarawak belanjakan RM1 bilion sebulan

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri berkata Sarawak  purata mempunyai sekitar RM1 bilion sebulan untuk memacu pembangunan bagi manfaat rakyat  di negeri ini pada tahun depan.

Menurut  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau mengalu-alukan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan di bawah Bajet 2022.

“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan sebanyak RM4.6 bilion dalam Belanjawan 2022,” katanya pada majlis Pecah Tanah Projek membina Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah di sini, semalam.

Ini akan meningkatkan peruntukan untuk pembangunan Sarawak ke hampir RM12 bilion.

“Ini bermakna kita dapat membelanjakan purata RM1 bilion sebulan untuk projek pembangunan,” jelasnya.

Melalui bajet 2022, Kerajaan negeri baru-baru ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 untuk pembangunan.

Sejak menerajui Sarawak, Abang Johari telah menyalurkan peruntukan besar untuk belanjawan Sarawak sebanyak RM10 setiap tahun.

Sekitar 70 peratus  daripada belanjawan negeri adalah untuk pembangunan luar bandar.

Jelas Ketua Menteri lagi, peruntukan untuk Sarawak memperlihatkan kerjasama rapat antara Kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru