Wednesday, June 29, 2022

Najib rakam kesedihan, ucapan takziah atas pemergian James Masing

Secara Rawak

KUCHING: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak menzahirkan rasa sedih menerima khabar duka atas pemergian  Timbalan Ketua Menteri Tan Sri  Dr James Jemut Masing pagi tadi.  Mendiang berusia 72 tahun.

Najib berkata melalui Facebooknya,  pemergian Masing merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat negeri Sarawak.

Beliau turut menyifatkan Masing sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Sepanjang saya mengenali beliau, banyak cadangan yang dikemukakannya untuk membantu pekebun kecil di sektor komoditi di Sarawak. Semoga keluarganya tabah menghadapi saat duka ini,” katanya lagi.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata, beliau bersedih menerima perkhabaran duka ini.

“Sesungguhnya Sarawak kehilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan penuh berpengalaman,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

“Beliau juga telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak khususnya dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri,” katanya lagi.

“Pemergian belia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada Malaysia secara umumnya,” katanya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong turut berdukacita atas pemergian Masing.

Katanya, Sarawak  kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan beliau berdoa agar mendiang bersemadi dengan aman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru