Tuesday, June 28, 2022

Masing pejuang masyarakat Dayak, popular di akar umbi

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing telah meninggalkan satu legasi kepemimpinan yang perlu dicontohi oleh pemimpin generasi muda hari ini dan masa depan.

Pemimpin berusia 72 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pagi tadi.

Beliau telah  menjadi Adun selama Baleh selama lapan  penggal dan mewakili kawasan itu selama 38 tahun.

Beliau ialah ahli Dewan Undangan Negeri Baleh sejak tahun 1983.

Beliau mengasaskan Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2004 dan menyertai BN sebelum menyertai GPS pada Jun 2018.

Pada 2 Disember 2006, beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden PRS pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali di Miri itu dipulau satu kumpulan penyokong timbalan presiden Datuk  Sng Chee Hua.

Dalam PRN-11 lalu, Masing menewaskan Agop Linsong  dengan majoriti 4,843 undi.

Masing memperoleh 5,297 undi manakala Agop dari DAP meraih hanya 454 undi.

Pada PRN 2001 beliau meraih 94.29 peratus undi, 2006 (90.99%)O, 02011 (79.59%), dan 2016 (91.67%).

Beliau dilihat sebagai pemimpin yang lantang bersuara memperjuangkan kepentingan masyarakat Dayak dan pembangunan luar bandar di negeri ini.

Pernah menyertai  Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)  yang memperjuangkan kepentingan masyarakat itu atas semangat Dayakisme.

Masing juga dikenali sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang rajin turun ke akar umbi, dan seorang pemimpin yang gigih serta popular di akar umbi.

Masing yang merupakan graduan Victoria University mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menang kerusi DUN Baleh atas tiket PBDS.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.

Beliau pemimpin politik yang amat disegani kerana kelantangan dan prinsip perjuangannya yang berani.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru