Sunday, May 29, 2022

James Masing meninggal dunia

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing meninggal dunia di sini.

Beliau dikatakan dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Adik bongsu Presdien PRS itu Jantai Masing turut meninggal dunia akibat Covid-19 awal Jun lalu.

Masing dalam hantaran di Facebooknya ketika itu berkata, terlalu berat untuk menerima hakikat kehilangan orang yang disayangi.

Katanya, lebih menyedihkan apabila tidak dapat menyentuh serta melihatnya untuk kali terakhir.

“Sangat sukar untuk hanya melihat dari kejauhan ketika mereka menurunkan keranda yang berbungkus ke tanah kerana kami tidak dibenarkan mendekati kubur,” katanya dengan nada sayu.

Pemergian James Masing meninggalkan kekosongan besar dalam PRS, salah sebuah anggota parti komponen GPS.

Masing, 72, dipercayai menerima rawatan kerana jangkitan Covid-19 di Pusat Perubatan Normah, di sini.

Masing dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas didapati positif Covid-19 pada 28 Sept lalu.

BERITA LANJUT MENYUSUL..

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru