Tuesday, June 28, 2022

James Masing banyak menyumbang kepada masyarakat luar bandar

Secara Rawak

LAWAS:  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan pemergian Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing pagi tadi sebagai kehilangan besar sebagai seorang rakan, kawan dan juga seorang ahli kabinet.

Menurut beliau, mendiang telah banyak menyumbang kepada kawasan masyarakat luar bandar dan kaum Dayak di negeri ini.

“Sumbangan beliau begitu tinggi sekali. Saya berasa amat sedih mendengar khabar beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (Saluran -Mysrbn) di Lawas, hari ini.

Abang Johari turut menyifatkan Masing sebagai seorang rakan dalam kerajaan yang telah banyak memberi idea dan sumbangan dalam menguruskan negeri semenjak beliau menjadi ahli kabinet di bawah pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kemudian di bawah Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem dan juga di bawah pemerintahannya sekarang.

Malah, beliau yakin PRS akan diteruskan sama seperti cara Masing mentadbir parti itu sebagai presiden.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru