Sunday, December 5, 2021

Posa yakin pemain dapat fokus untuk kelayakan Piala Asia B-23 2022

Secara Rawak

KUCHING: Skuad muda negara mahu meneruskan momentum kemenangan tatkala turun berdepan Thailand pada aksi terakhir peringkat Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun di Stadium MFF pagi esok (Ahad).

Sekali pun, keputusan seri yang menjurus perolehan satu mata memadai untuk mengesahkan Harimau Muda layak ke pentas akhir yang akan berlangsung di Uzbekistan tahun depan.

Mengambil kira kelebihan selaku pendahulu Kumpulan J selepas meraih dua kemenangan sebelum ini.

Pengurus Pasukan, Datuk Posa Majais memberitahu, diatas kertas pasukannya hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesah slot ke peringkat akhir.

Namun, kemenangan adalah sasaran pihaknya dan saya percaya pemain dapat merealisasikan misi tersebut.

“Kita berharap pemain akan dapat fokus untuk memastikan kemenangan dapat diperolehi untuk perlawanan pagi esok,” ujar Datuk Posa ketika menghubungi Arena Suara Sarawak.

Beliau turut berharap pemain dapat meneruskan strategi yang diguna pakai ketua jurulatih (Brad Maloney) dengan lebih sempurna sepanjang tempoh 90 minit perlawanan menentang Thailand itu.

Tegas Datuk Posa, beliau percaya barisan kesebelasan utama Thailand akan tampil dengan corak pemainan berbeza untuk memastikan kemenangan dapat diperolehi.

“Saya yakin Brad Maloney sudah memberi peringatan kepada pemain untuk siap sedia menghadapi gelora dari negara gajah perang itu,” tambah beliau lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru