Sunday, May 22, 2022

Lamborghini masuk tasik

Secara Rawak

MONDSEE: Sebuah kereta sport mewah, Lamborghini terjatuh ke dalam tasik selepas pemandunya tersilap menekan pedal minyak semasa mengundurkan kenderaan terbabit.

Insiden tersebut berlaku di bandar Mondsee, Austria dan pemandu kenderaan Lamborghini Huracán itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Dia berjaya keluar dari kenderaan dan berenang ke darat.

Menurut polis dia dalam perjalanan dari Mondsee menuju Unterach am Attersee.

Polis percaya pemandu itu tersilap tekan pedal minyak dan pedal brek ketika mengundur kereta tersebut.

Kenderaan itu tenggelam kira-kira 15 meter dari tebing tasik, kata pihak berkuasa.

Lima anggota bomba, sepasukan penyelam bomba, trak tunda dan kren mengambil bahagian dalam operasi menyelamat yang mengambil masa tiga jam untuk menarik kenderaan itu keluar dari tasik, lapor Arynews.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru