Sunday, July 3, 2022

Hasil SST RM7 billion bawa manfaat kepada rakyat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Sebanyak sekitar RM7 bilion berjaya diperoleh oleh Kerajaan Sarawak hasil daripada hasil cukai jualan minyak dan gas daripada Petronas.

Usaha Sarawak  menuntut kembali haknya ke atas sumber minyak dan gasnya mencapai  kejayaan apabila Petronas menyerahkan cek bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) kepada kerajaan negeri.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis di sini semalam, hasil cukai berkenaan memberi manfaat besar kepada Sarawak dan rakyatnya.

Bayaran pertama oleh Petronas berjumlah RM2.95 bilion untuk tahun 2019.

Daripada cukai itu, banyak projek pembangunan demi kepentingan dan ksejahteraan rakyat dapat dilaksanakan di negeri ini.

Pada Januari 2019,  Kerajaan Sarawak melaksanakan cukai jualan lima peratus ke atas petroleum di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Namun,  syarikat minyak negara itu enggan membayar dengan alasan ia tidak berperlembagaan sehingga menyebabkan kerajaan negeri  terpaksa mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas.

Petronas  ketika di bawah Pakatan Harapan tidak mahu berkompromi dengan cukai berkenaan.

PH juga gagal menunaikan janji membayar 20 peratus royalti  minyak kepada Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam manifestonya menjelang PRU-14.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 13 Mac 2020 memutuskan Sabah dan Sarawak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas  produk petroleum  dari di negeri ini.

Terdahulu, Petronas  memfailkan rayuan di mahkamah, namun kerajaan negeri dan syarikat berkenaan mencapai persetujuan pada Mei 2020 untuk menarik balik tuntutan undang-undang ke atas satu sama lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru