Sunday, May 22, 2022

Disangka palsu, wanita jumpa berlian RM11.3 juta semasa bersihkan rumah

Secara Rawak

LONDON: Seorang wanita terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berlian yang disangkanya murahan, rupanya permata asli 34 karat bernilai £2 juta (RM11.3 juta).

Pemiliknya berusia 70-an itu membersihkan rumahnya di Northumberland dan dia bersama-sama cincin kahwinnya dan menjumpai berlian di dalam kotak perhiasan murah dan cuba mengetahui akan nilainya.

Wanita itu mengaku tidak ingat di mana atau bilakah dia membeli berlian tersebut.

Pakar lelong Mark Lane mengatakan perhiasan tersebut sebagai “kejutan besar” baginya dan akan dilelong bulan depan.

“Kami melihat batu yang cukup besar, lebih besar daripada syiling 1 pound sterling, dan saya fikir itu ialah zirkon CZ (berlian buatan).

“Berlian itu saya simpan di meja, dua atau tiga hari sampai saya memeriksanya dengan mesin penguji berlian,” ujar Lane dan mengaku menghantarnya ke London sebelum diberikan sijil oleh pakar di Antwerpen, Belgium.

Berlian tersebut dijaga ketat di pusat perhiasan Hatton Garden London sementara menunggu untuk dilelong 30 November ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru