Sunday, May 29, 2022

Bilakah PRN-12 Sarawak diadakan? Ini jawapannya

Secara Rawak

KUCHING: Kini bertiup kencang spekulasi bahawa PRN-12 Sarawak akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Nov 2021.

Hakikatnya, tidak pernah PRN Sarawak diadakan pada bulan November sejak PRN pertama diadakan pada 1969.

PRN itu yang sepatutnya diadakan pada 10 Mei telah ditangguhkan disebabkan pengisytiharan darurat ekoran tercetusnya tragedi 13 Mei yang menyaksikan berlakunya rusuhan di Kuala Lumpur.

Setakat ini, sebanyak empat kali PRN Sarawak diadakan pada bulan September, iaitu PRN Ketiga (15-22 Sept 1979), PRN keenam dari 27 Sept hingga 28 Sept 1991, PRN ketujuh dari 7 Sept hingga 8 Sept 1996 dan PRN Kelapan pada 27 Sept 2001.

Sebelum PRN kelapan, hari mengundi berlangsung lebih daripada sehari di negeri ini disebabkan masalah pengangkutan.

PRN diadakan sebanyak dua kali pada bulan April sebanyak dua kali, iaitu PRN Kelima dari 15 hingga 16 April 1987 dan PRN Ke-10 pada 16 April 2011.

PRN diadakan sebanyak dua kali pada bulan Mei, iaitu PRN Ke-9 pada 20 Mei 2006 dan PRN Ke-11 pada 7 Mei 2016.

PRN hanya sekali diadakan pada bulan Ogos, iaitu bagi PRN Kedua, dari 24 Ogos hingga 14 Sept 1974, iaitu selama 25 hari.

Malah,  PRN Keempat pernah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1983.

Walaupun PRN Sarawak belum pernah diadakan pada bulan Nov sepanjang 52 tahun lalu, ini tidaklah bermakna ia tidak boleh diadakan pada bulan tersebut.

Difahamkan semua parti politik telah bersiap sedia dengan menggerakkan jentera akar umbi.

Malah, SPR, agensi yang diberi tanggungjawab menjalankan pilihan raya telah mengadakan latihan untuk petugas pilihan raya.

Dilaporkan lebih 7,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia bagi menghadapi PRN-12 Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim  beberapa hari lalu dipetik berkata, pihaknya masih menunggu maklumat penuh berhubung PRN Sarawak.

Menurut beliau, pihak polis bagaimanapun sentiasa bersedia membantu proses PRN yang akan diadakan bila-bila masa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru