Sunday, May 22, 2022

Ayah tembak anak gara-gara enggan berhenti main gitar

Secara Rawak

OHIO: Seorang lelaki Ohio berusia 79 tahun dituduh menembak anaknya kerana marah selepas mangsa enggan berhenti bermain gitarnya, menurut rekod mahkamah.

Menurut laporan dari Polis di Blue Ash, suspek Fred Jon Hensley Sr. didakwa melakukan serangan feloni “berdasarkan siasatan pegawai termasuk kenyataan lisan daripada suspek, yang menyatakan dia menembak anaknya dengan pistol .380 kerana mangsa tidak mahu berhenti bermain gitarnya,” menurut aduan itu.

Dia juga menghadapi tuduhan melakukan keganasan domestik.

“Hensley Sr. berkata, dia bosan dengan telatah anaknya yang bermain gitar lebih sejam.

Menurut suspek lagi dia hanya berniat menembak gitar, tetapi malangnya terkena bahagian perut anaknya.

“Anak lelaki itu dilaporkan sempat menyerang bapanya sementara menunggu pasukan kecemasan tiba,” polis menulis dalam afidavit mereka.

Bagaimanapun, polis melaporkan Hensley Jr. berkata, dia tidak ingat memukul atau menyerang ayahnya.

Menurut thepigeonexpress.com, polis menemui pistol dan peluru yang digunakan oleh Hensley Sr. dan gitar yang menjadi punca insiden ini. Terdapat kesan tembakan pada gitar tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru