Sunday, May 22, 2022

25 junta tentera Myanmar tewas

Secara Rawak

YANGON: Pertembungan antara pihak junta tentera dengan kumpulan penentang menyebabkan, 25 tentera junta terkorban di wilayah Sagaing pada Khamis lepas.

Setakatr ini, di Sagaing sahaja 85 tentera terkorban dalam tiga hari terakhir bertempur dengan kumpulan penentang.

Sebelum ini, Kawlin Revolution (KR) mengaku pada Rabu, pihaknya membunuh 40 tentera rejim junta tentera di Kyunbyintha, Kotapraja Kawlin, Sagaing.

KR turut menyiarkan foto proses kremasi tentera yang meninggal dilakukan oleh KLPDF dan warga awam menurut Irrawady.

Warga setempat mengaku banyak daerah Kawlin kini dikendalikan oleh kumpulan penentang terdiri daripada Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF).

Kawlin menjadi sarang awam menentang rejim junta.

Julai lepas, 44 tentera junta terkorban dengan 20 lainnya cedera menentang KLPDF. Manakala tiga pejuang KLPDF tewas dalam pertempuran itu.

Myanmar berdepan krisis politik sejak junta tentera melakukan kudeta menyingkirkan pemimpin de facto Aung Sang Suu Kyi pada Februari lepas.

Setakat ini, sekitar 1,171 orang tewas di tangan junta tentera sejak kudeta berlangsung dengan 8,981 orang ditahan tentera.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru