Tuesday, June 28, 2022

Beri lebih peruntukan untuk bangunkan luar bandar Sarawak

Secara Rawak

LUNDU: Negeri Sarawak diharap lebih banyak diberikan peruntukan untuk membangunkan lagi kawasan di luar bandar kata Adun Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.

Menurutnya, pembangunan bagi kawasan luar bandar juga perlu diberikan perhatian bagi memudahkan rakyat selain daripada pendidikan.

“Kita tahu negeri ini memerlukan banyak peruntukan untuk pembangunan di luar bandar khususnya jalan raya untuk pergi ke kampung dan rumah-rumah.

“Justeru, saya berasa sangat gembira dan mengalu-alukan belanjawan 2022 kerana peruntukan yang diberikan kali ini banyak berfokus kepada pembangunan di luar bandar,” jelasnya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan di Dewan Mahligai Gading hari ini.

Tambahnya, usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan kawasan luar bandar termasuk kawasan N03 Tanjung Datu sangatlah dihargai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru