Sunday, July 3, 2022

Timah setuju tukar nama

Secara Rawak

KUCHING: Syarikat pengeluar arak jenama Timah setuju untuk mempertimbangkan pertukaran jenama dan imej pada label produk mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu bahawa satu mesyuarat melibatkan beberapa orang menteri dengan syarikat pengeluar arak tersebut telah dibuat susulan isu tersebut.

“Kami mengambil keputusan untuk membuat pertemuan secara hibrid bersama Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd untuk mencapai kata sepakat demi kebaikan negara.

“Melalui perbincangan yang diadakan, syarikat tersebut telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah,” jelasnya.

Katanya, perbincangan perlu dilakukan sebelum proses menukar nama dan imej pada label produk arak dapat dilaksanakan.

Tambahnya, KPDNHEP melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menambah baik prosedur yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru