Sebanyak RM32.4 bilion disalurkan kepada kementerian kesihatan (KKM) melalui Belanjawan 2022.
Ini merupakan peruntukan kedua terbesar selepas sektor pendidikan.
Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini RM4 bilion diperuntukkan khusus untuk menangani krisis Covid-19.
Daripada jumlah tersebut, jelasnya, RM2 bilion diperuntukkan bagi program vaksinasi.
Manakala baki RM2 bilion lagi adalah untuk mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam melalaui pembelian ubat-ubatan, peralatan perlindungan peribadi dan kit kesihatan.