Sunday, May 22, 2022

Rimas kerenah isteri, suami minta dipenjarakan

Secara Rawak

ALBANIA: Warga Albania berusia 30 tahun pergi ke berek polis tempatan dan meminta polis memenjaranya.

Menurutnya dia akan berasa tenang dan selamat jika tinggal di penjara.

Setelah disiasat lanjut rupa-rupanya dia melarikan diri daripada isterinya selepas rimas dan tidak tahan dengan kerenahnya.

Lelaki itu berada di bawah tahanan rumah kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah sejak beberapa bulan lalu dan dia mempunyai beberapa tahun lagi untuk menjalani hukumannya.

Dia tinggal di rumah bersama-sama isteri dan keluarganya.

Namun lelaki itu tiba-tiba muncul di berek polis terbabit dan memberitahu dia tidak tahan lagi tinggal di rumah dan mahu tinggal di penjara.

Lelaki itu lega selepas hasratnya tercapai apabila dia didakwa kerana melanggar peraturan tahanan rumah.

Menurut DNA, pihak berkuasa kehakiman kemudian meminta polis memindahkan lelaki itu ke penjara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru