Saturday, December 4, 2021

Lelaki 33 tahun disyaki merogol remaja 15 tahun di Pakan

Secara Rawak

JULAU: Seorang lelaki disyaki merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun telah ditahan pihak polis, setelah mangsa didapati mengandung 20 minggu 2 hari pada 27 Oktober 2021 (Selasa) lalu.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superitenden Sulin Brayun berkata pihaknya menerima aduan dari petugas Klinik Kanowit memaklumkan mangsa seorang remaja perempuan bawah umur didapati mengandung hasil hubungan intim dengan teman lelakinya berusia 33 tahun.

“Mangsa menyatakan telah melakukan beberapa kali hubungan intim bersama teman lelakinya sejak Februari 2021 lalu di ruang tamu dan bilik tidur manga di sebuah rumah panjang di Pakan.

“Pada awalnya ibu mangsa menyedari mangsa mengandung selepas diberitahu oleh doktor di sebuah Klinik Swasta, Sibu pada 7 Oktober 2021 yang lalu.

“Kemudiannya pada 26 Oktober 2021 sekitar jam 10.00 pagi, mangsa dan ibunya pergi membuat pemeriksaan di Klinik Kanowit dan hasil pemeriksaan mendapati dirinya telah hamil 20 minggu 2 hari,’ katanya dalam satu kenyataan.

Setelah itu, pada 28 Oktober 2021 (Khamis) sekitar jam 2.25 petang, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Julau telah menahan teman lelaki kepada mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Sulin Brayun turut menggesa semua golongan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka memandangkan jenayah rogol terutamanya melibatkan remaja bawah umur kini agak membimbangkan.

“Kebanyakan kes yang dikesan berlaku kerana suka sama suka tetapi apabila melibatkan situasi bawah umur ia dikategorikan sebagai kes rogol,” tegasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru