Tuesday, June 28, 2022

Lebih 55,000 penduduk Sarawak terima dos penggalak

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 55,017 penduduk di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 sehingga semalam, menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Sarawak Dr Rosemawati Ariffin.

Beliau  dalam satu kenyataan hari ini berkata vaksin itu diberikan secara percuma di klinik dan hospital swasta, klinik kesihatan, pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan secara bergerak.

“Jabatan Kesihatan Sarawak ingin menyeru mereka yang layak dan telah menerima janji temu melalui MySejahtera supaya hadir di mana-mana fasiliti kesihatan yang ditetapkan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19,” katanya lagi.

Katanya,  vaksin Pfizer BioNTech telah diberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak tersebut dan mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Pfizer dibenarkan mendapat dos penggalak itu setelah melepasi enam bulan dari tarikh dos kedua.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru