Sunday, May 29, 2022

Kerajaan tandatangani perjanjian dapatkan 88 juta dos vaksin

Secara Rawak

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa.

Selain itu,  vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun akan diteruskan.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini, Putrajaya telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos.

Ini, katanya,  bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

Jelasnya, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat dan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru